Di era ini, sukan berbasikal lasak (MTB) kian mendapat sambutan luas biar dalam dan luar Negara sehingga kini. Ada antaranya berbasikal untuk kesihatan dan ada juga yang menguji tahap kebolehan diri dalam perlumbaan. Walau bagaimanapun ianya merupakan inisiatif individu dalam usaha ke arah gaya hidup sihat. Dengan itu pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berpusat di Institut Profesional Baitulmal (IPB) Pandan Jaya, Ampang, Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan UUM Mini Jamboree Cyberjaya 2013.
Penyumbang utama dalam menjayakan program ini adalah dari pihak Setia Haruman Cyberjaya Sdn. Bhd. dan Gateeh Cycling Team (GCT) yang bertujuan mengumpul dana bagi disalurkan kepada pihak Tabung GAZA dan adik Rayyan yang berusia tujuh tahun anak kepada rakan cycling En. Salihin yang menghidap penyakit kanser hati tahap ke-lima yang memerlukan bantuan untuk rawatan/pembedahan hati serta membantu mengurangkan beban pihak yang berkenaan serta dalam masa yang sama untuk memperkenalkan kawasan Cyberjaya kepada anggota masyarakat luar dengan keindahan dan kelebihan yang terdapat didalam kawasan Cyberjaya.
Ianya juga bertujuanmemberi cabaran kepada rider dengan laluan trek yang sesuai kepada semua rider dan tidak membahayakan keselamatan serta menguji ketahanan mental dan fizikal para rider semua yang mana anda semua akan melalui laluan jalanraya sepanjang (20%) dan terus ke laluan offroad (80%) ladang getah, kelapa sawit, lombong dan perkampungan orang asli sepanjang 30+km yang mudah dilalui anda. Disamping itu, melalui aktiviti ini, dapat juga mengeratkan perhubungan di antara warga ‘cyclista’ di dalam Malaysia dan masyarakat luar secara amnya dan sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pihak yang amat memerlukan bantuan.
Maka dengan itu pihak kami telah mengambil iktibar di atas kejadian serta nasib yang menimpa rakyat GAZA dan adik RAYYAN dengan itu UUM Mini Jamboree Cyberjaya 2013 bakal dilaksanakan. Fenomena ini juga akan dapat merealisasikan impian Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan Mahasiswa dan Mahasiswi yang seimbang dari pelbagai aspek. Oleh itu, program ini secara tidak langsung telah memupuk semangat kesukanan dan kerjasama dalam kumpulan serta kumpulan, jabatan dan juga individu lain.
MATLAMAT
Program ini bermatlamat mengumpul dana tabung kebajikan untuk disalurkan kepada pihak yang amat memerlukan.
OBJEKTIF
Mengumpul dana Tabung Kebajikan UUM
Mempromosi aktiviti kesihatan.
Mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat luar secara amnya.
Melibatkan lebih banyak pihak dalam membantu kejayaan dan kecemerlangan pihak.
Mencungkil bakat-bakat muda dan dewasa dalam aktiviti sukan Berbasikal Lasak.
Mempelbagaikan aktiviti sukan.
Meningkatkan kemahiran penganjuran aktiviti bertaraf antarabangsa.
Menarik minat Mahasiswa, mahasiswi serta remaja luar untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan bagi menghindari
aktiviti tidak bermoral.
Membantu pihak yang memerlukan bantuan.
SASARAN
Terbuka kepada peserta dalam kawasan negeri Selangor dan luar negeri Selangor serta semua kelab-kelab basikal dengan penyertaan seramai 500 orang.
TARIKH
Tarikh Pelaksanaan
Edaran Goodies dan pendaftaran pada 12 Hb April 2013 (Jumaat) @ jam 1000 hrs hingga 1800 hrs / 13Hb April
2013 (Sabtu) @ jam 0630 hrs di khemah pendaftaran/starting.
Pertandingan pada 13 Hb April 2013 (0800 Hrs).
TEMPAT
Starting – Pusat Komuniti Cyberjaya
Laluan – Kawasan Cyberjaya, Perkampungan orang asli Bukit Damar Dengkil, Sepang, Selangor.
AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : Hj. Mustahiddin bin Salim
Pengerusi : Muhammad Ejaron bin Abdullah
Tim.Pengerusi : Mohd Amirulnizam bin Mohammad Yusof
Pengurus Pertandingan : Ahmad Auzan bin Md Noor
Pen. Pengurus : Izyan binti Md Noor
Setiausaha : Suriani binti Ali
Bendahari : Azi Ayub bin Abdul Raub
PENUTUP
Diharapkan dengan adanya program ini dapat menarik minat peserta tidak kira usia, bangsa, agama dan kaum untuk menyertai pertandingan. Program ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara pihak Universiti dengan pelbagai agensi-agensi kerajaan dan swasta serta korporat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan