Selasa, 5 Mac 2013

~ iNFo eVeNT ~

MATLAMAT

Program ini bermatlamat mengumpul dana tabung kebajikan untuk disalurkan kepada pihak yang amat memerlukan.


OBJEKTIF

 Mengumpul dana Tabung Kebajikan UUM
 Mempromosi aktiviti kesihatan.
 Mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat luar secara amnya.
 Melibatkan lebih banyak pihak dalam membantu kejayaan dan kecemerlangan pihak.
 Mencungkil bakat-bakat muda dan dewasa dalam aktiviti sukan Berbasikal Lasak.
 Mempelbagaikan aktiviti sukan.
 Meningkatkan kemahiran penganjuran aktiviti bertaraf antarabangsa.
 Menarik minat Mahasiswa, mahasiswi serta remaja luar untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan bagi menghindari
aktiviti tidak bermoral.
 Membantu pihak yang memerlukan bantuan.


SASARAN

Terbuka kepada peserta dalam kawasan negeri Selangor dan luar negeri Selangor serta semua kelab-kelab basikal dengan penyertaan seramai 500 orang.


TARIKH

Tarikh Pelaksanaan
 Edaran Goodies dan pendaftaran pada 12 Hb April 2013 (Jumaat) @ jam 1000 hrs hingga 1800 hrs / 13Hb April
2013 (Sabtu) @ jam 0630 hrs di khemah pendaftaran/starting.
 Pertandingan pada 13 Hb April 2013 (0800 Hrs).


TEMPAT

 Starting – Pusat Komuniti Cyberjaya
 Laluan – Kawasan Cyberjaya, Perkampungan orang asli Bukit Damar Dengkil, Sepang, Selangor.




AHLI JAWATANKUASA

 Penasihat         : Hj. Mustahiddin bin Salim
 Pengerusi        : Muhammad Ejaron bin Abdullah
 Tim.Pengerusi : Mohd Amirulnizam bin Mohammad Yusof
 Pengurus Pertandingan : Ahmad Auzan bin Md Noor
 Pen. Pengurus : Izyan binti Md Noor
 Setiausaha       : Suriani binti Ali
 Bendahari        : Azi Ayub bin Abdul Raub


PENUTUP

Diharapkan dengan adanya program ini dapat menarik minat peserta tidak kira usia, bangsa, agama dan kaum untuk menyertai pertandingan. Program ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara pihak Universiti dengan pelbagai agensi-agensi kerajaan dan swasta serta korporat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan