Rabu, 27 Mac 2013

Pendaftaran Ditutup!!!




Terlebih dahulu pihak kami ingin meminta maaf.....
Kepada semua peserta yang telah mendaftar dan masih lagi belum membuat bayaran di harap anda dapat memberi kerjasama untuk clear kan pembayaran yuran dengan kadar segera dan tempoh akhir bayaran adalah pd 30hb Mac 2013....selepas daripada tarikh tersebut pihak kami masih belum menerima apa-apa bayaran secara automatik pihak kami terpaksan mengeluarkan nama-nama yang masih belum membuat bayaran dan memberi keutamaan kepada rider2 yang telah membuat bayaran terlebih dahulu....sekian terima kasih :-)


Selasa, 19 Mac 2013

COOL FIT QUICKDRY untuk semua peserta!!Sila daftar awal untuk mendapatkan saiz tshirt anda .Terima Kasih.


Selasa, 5 Mac 2013

~ LuCKY DRaW ~

~ akan dikemaskini ~      


45 buah hamper disediakan 


~ TReK ~


♥akan di kemaskini♥

~ keRjasaMa ~


~ akan dikemaskini ~


~ HaDiaH ~

MEN OPEN (19 hingga 39 thn)

No.1 - Plaque + sijil + saguhati + hamper
No.2 - Plaque + sijil + saguhati + hamper
No.3 - Plaque  + sijil + saguhati + hamper
No.4 -  Plaque + sijil + saguhati + hamper
No.5 - Plaque + sijil + saguhati + hamper
No.6 - Plaque  + sijil + hamper
No.7 - Plaque  + sijil + hamper
No.8 - Plaque  + sijil + hamper
No.9 - Plaque  + sijil + hamper
No.10- Plaque  + sijil + hamper

WOMEN OPEN (Semua umur)

No.1 - Plaque  + sijil + saguhati + hamper
No.2 - Plaque  + sijil + saguhati + hamper
No.3 - Plaque  + sijil + saguhati + hamper
No.4 - Plaque  + sijil + hamper
No.5 - Plaque  + sijil + hamper

VETEREN (40 thn ke atas)

No.1 - Plaque  + sijil + saguhati + hamper
No.2 - Plaque  + sijil + saguhati + hamper
No.3 - Plaque  + sijil + saguhati + hamper
No.4 - Plaque + sijil + hamper
No.5 - Plaque  + sijil + hamper

JUNIOR (18 ke bawah)

No.1 - Plaque  + sijil + saguhati + hamper
No.2 - Plaque + sijil + saguhati + hamper
No.3 - Plaque  + sijil + saguhati + hamper
No.4 - Plaque  + sijil + hamper
No.5 - Plaque + sijil + hamper


~ Noted ~

Finisher medal akan diberikan kepada Setiap peserta yang berjaya menghabiskan kayuhan.....terima kasih.

~ PeNDaFTaRaN ~


Tarikh      : 13 Hb April 2013 @ Sabtu
Masa        : 0800 Hrs
Tempat     : Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya
               Jalan Kelab Off Persiaran Semarak Ap
               63000 Cyberjaya.

Yuran      : RM50/=
Jarak       : 30+ km (20% Road, 80% Offroad)

Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi jawatankuasa pendaftaran kami:

No.telefon     :  019-2879958 - Fatimah
No.akaun      :  1601 0003 5505 26 ( CIMB Bank)
                   FATIMAH BINTI MOHD NOOR.
Email          :  wtx287@yahoo.com
T.tutup        :  30 Hb Mac 201
                  (bagi memudahkan proses untuk tempahan         
                  t-shirt dan melancarkan segala urusan).

Edaran Gudis pada :-

Tarikh     : 12 April 2013 ( Jumaat )

Jam        : 1000 hrs - 1800 hrs

Tempat    : Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya


~ iNFo eVeNT ~

MATLAMAT

Program ini bermatlamat mengumpul dana tabung kebajikan untuk disalurkan kepada pihak yang amat memerlukan.


OBJEKTIF

 Mengumpul dana Tabung Kebajikan UUM
 Mempromosi aktiviti kesihatan.
 Mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat luar secara amnya.
 Melibatkan lebih banyak pihak dalam membantu kejayaan dan kecemerlangan pihak.
 Mencungkil bakat-bakat muda dan dewasa dalam aktiviti sukan Berbasikal Lasak.
 Mempelbagaikan aktiviti sukan.
 Meningkatkan kemahiran penganjuran aktiviti bertaraf antarabangsa.
 Menarik minat Mahasiswa, mahasiswi serta remaja luar untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan bagi menghindari
aktiviti tidak bermoral.
 Membantu pihak yang memerlukan bantuan.


SASARAN

Terbuka kepada peserta dalam kawasan negeri Selangor dan luar negeri Selangor serta semua kelab-kelab basikal dengan penyertaan seramai 500 orang.


TARIKH

Tarikh Pelaksanaan
 Edaran Goodies dan pendaftaran pada 12 Hb April 2013 (Jumaat) @ jam 1000 hrs hingga 1800 hrs / 13Hb April
2013 (Sabtu) @ jam 0630 hrs di khemah pendaftaran/starting.
 Pertandingan pada 13 Hb April 2013 (0800 Hrs).


TEMPAT

 Starting – Pusat Komuniti Cyberjaya
 Laluan – Kawasan Cyberjaya, Perkampungan orang asli Bukit Damar Dengkil, Sepang, Selangor.




AHLI JAWATANKUASA

 Penasihat         : Hj. Mustahiddin bin Salim
 Pengerusi        : Muhammad Ejaron bin Abdullah
 Tim.Pengerusi : Mohd Amirulnizam bin Mohammad Yusof
 Pengurus Pertandingan : Ahmad Auzan bin Md Noor
 Pen. Pengurus : Izyan binti Md Noor
 Setiausaha       : Suriani binti Ali
 Bendahari        : Azi Ayub bin Abdul Raub


PENUTUP

Diharapkan dengan adanya program ini dapat menarik minat peserta tidak kira usia, bangsa, agama dan kaum untuk menyertai pertandingan. Program ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara pihak Universiti dengan pelbagai agensi-agensi kerajaan dan swasta serta korporat.

~ PeNGeNaLaN ~

Di era ini, sukan berbasikal lasak (MTB) kian mendapat sambutan luas biar dalam dan luar Negara sehingga kini. Ada antaranya berbasikal untuk kesihatan dan ada juga yang menguji tahap kebolehan diri dalam perlumbaan. Walau bagaimanapun ianya merupakan inisiatif individu dalam usaha ke arah gaya hidup sihat. Dengan itu pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berpusat di Institut Profesional Baitulmal (IPB) Pandan Jaya, Ampang, Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan UUM Mini Jamboree Cyberjaya 2013.


Penyumbang utama dalam menjayakan program ini adalah dari pihak Setia Haruman Cyberjaya Sdn. Bhd. dan Gateeh Cycling Team (GCT) yang bertujuan mengumpul dana bagi disalurkan kepada pihak Tabung GAZA dan adik Rayyan yang berusia tujuh tahun anak kepada rakan cycling En. Salihin yang menghidap penyakit kanser hati tahap ke-lima yang memerlukan bantuan untuk rawatan/pembedahan hati  serta membantu mengurangkan beban pihak yang berkenaan serta dalam masa yang sama untuk memperkenalkan kawasan Cyberjaya kepada anggota masyarakat luar dengan keindahan dan kelebihan yang terdapat didalam kawasan Cyberjaya.

  Ianya juga bertujuanmemberi cabaran kepada rider dengan laluan trek yang sesuai kepada semua rider dan tidak membahayakan keselamatan serta menguji ketahanan mental dan fizikal para rider semua yang mana anda semua akan melalui laluan jalanraya sepanjang (20%) dan terus ke laluan offroad (80%) ladang getah, kelapa sawit, lombong dan perkampungan orang asli sepanjang 30+km yang mudah dilalui anda. Disamping itu, melalui aktiviti ini, dapat juga mengeratkan perhubungan di antara wargacyclista di dalam Malaysia dan masyarakat luar secara amnya dan sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pihak yang amat memerlukan bantuan.

 
Maka dengan itu pihak kami telah mengambil iktibar di atas kejadian serta nasib yang menimpa rakyat GAZA dan adik RAYYAN dengan itu UUM Mini Jamboree Cyberjaya 2013 bakal dilaksanakan. Fenomena ini juga akan dapat merealisasikan impian Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan Mahasiswa dan Mahasiswi yang seimbang dari pelbagai aspek. Oleh itu, program ini secara tidak langsung telah memupuk semangat kesukanan dan kerjasama dalam kumpulan serta kumpulan, jabatan dan juga individu lain.